Monday, October 3, 2016

Faktor-faktor Kegemilangan Melaka

FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN 

  1. Faktor Ekonomi
  2. Faktor Politik
  3. Faktor Geografi
  4. Faktor Bahasa

Faktor Ekonomi

Melaka kedudukannya berada di tengah-tengah jalan perdagangan. Melaka dilempahi kemewahan barangan dagangan dari luar negara kerana Melaka menjadi tempat pusat perdagangan.Seterusnya, kekayaan hasil seperti rempah,rotan,kayu dan damar menjadi barang dagangan yang penting pada waktu itu.


Faktor Politik


Hubungan rapat antara Melaka dengan negara China memberi peluang kepada Melaka memperoleh perlindungan politik. Hal ini dapat mengelakkan Melaka daripada ancaman Siam yang kuat pada waktu itu. Melaka juga mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan yang lengkap, terutama dengan penglibatan Orang Laut dan tokoh-tokoh kerajaan. Kewujudan sistem undang-undang yang baik dan tersusun, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka banyak membantu kerajaan mengekalkan keamanannya. Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang bertulis pertama yang wujud di negeri-negeri Melayu. Melaka juga mempunyai sistem perbendaharaan kerajaan yang tersusun, termasuklah sistem cukai dan jual belinya. Proses jual beli di Melaka menggunakan mata wang dalam bentuk emas, perak dan timah. Begitu juga dengan diplomatik. Disamping itu, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) membolehkan komunikasi di Melaka berjalan lancar.

Faktor Geografi



Melaka merupakan tempat yang strategik di Selat Melaka kerana menjadi jalan perdagangan antara timur dan barat. Pedagang-pedagang China dan pedagang-pedagang India akan singgah di Melaka untuk melakukan kegiatan perdagangan selain mendapatkan bekalan makanan dan membaiki kapal di samping menunggu tiupan angin monsun. Selain itu, muara sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal dagang yang besar berlabuh di kawasan pelabuhan. Perairan Selat  Melaka yang sempit juga telah membolehkan kerajaan Melaka mengawal laluan kapal-kapal dagang dengan mudah. Melaka juga mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit yang menjadi panduan untukl kapal dagang keluar masuk ke pelabuhannya. Selain sesuai dijadikan kubu pelabuhan serta tempat memerhati musuh. Pokok-pokok bakau dan api-api yang terdapat di persisiran pantai pula menjadikannya sukar ditembusi musuh.



Faktor Bahasa:

Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca juga memnyumbang kepada kegemilangan Melaka.Bahasa Melayu telah digunakan dengan meluas di Melaka. Bahasa Melayu dianggap sebagai Lingua Franca kerana digunakan dengan meluas oleh pedagang di pelabuhan Melaka. Pedagang-pedagang asing juga tidak menghadapi masalah komunikasi dengan pegawai Melaka kerana mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga digunakan di negeri-negeri Melayu lain yang berhampiran Melaka atau tanah jajahan Melaka. Selain itu, bahasa Melayu juga digunakan dalam hubungan sosial, pentadbiran, ekonomi, agama agama dan pendidikan.

16 comments: